Hari ni nak cerita pasal kanser rahang. Yang merupakan salah satu kanser mulut jugak dan sering sangat berlaku dan boleh membawa maut kalau lambat mendapat rawatan.
Macam kita semua tau,
kita ada rahang atas (maxilla) yang memegang gigi atas dan merupakan lantai kepada ruang udara kita (hidung) dan,
kita ada rahang bawah (mandible) yang memegang gigi bawah, lidah dan pemisah antara oral cavity (mulut) dan leher.
Kanser rahang selalu terjadi disebabkan kondisi gigi.
Yang mungkin gigi tu telah lamaaaa rosak dan dibiarkan tanpa mendapat rawatan atau cabutan. Sehingga terbentuklah satu cyst di dalam rahang dan cyst ni makin membesar dan berubah menjadi kanser.
Atau, gigi yang terbantut, yang tidak tumbuh ke luar atas faktor genetik atau tidak ada ruang yang mencukupi untuk gigi ini keluar. Lama lama gigi yang di dalam rahang ini akan membentuk satu cyst kerana cell cell yang adda dipermukaan gigi tersebut.
Gigi bila dia keluar, cell cell di permukaan gigi ini akan hilang. Tapi kalau gigi ini terbantut, tak keluar, cell cell di permukaan gigi ini akan berubah menjadi cyst kemudian boleh jadi kanser benign atau malignant.
Dan selalunya gigi yang tak keluar ini terjadi kepada gigi bongsu. Itulah sebabnya ada doktor gigi akan sarankan untuk buang gigi bongsu ini kalau gigi ini terbantut di dalam atau kondisinya boleh menyebabkan terbentuknya cyst dan kanser.
Belah kanan (R) ada gigi yang terbantut dan telah terbentuknya cyst yang mungkin akan membesar dan jadi kanser. |
Jumpa dentist setiap enam bulan boleh detect apa apa kemungkinan, bukan sahaja untuk cuci dan tampal gigi ya.
Dan kanser rahang ini, kalau yang malignant, kanser ini akan makan rahang kita dan menjadikan gigi gigi lain semakin goyang malah rawatan nya memerlukan operation yang sangat lama dan mungkin kalau teruk sangat, rahang anda tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong dan buang.
Pesakit terpaksa membuang separuh rahang bawahnya kerana kanser telah merebak. |
Perkara yang sama boleh terjadi kalau ada kondisi gigi yang sudah lama berlubang sehingga gigi tu mati dan dibiarkan tanpa rawatan.
Tengok kanser tu makan gigi lain dan merebak ke rahang sebelah kiri. |
Takut ke ? hehe.
Fatin bukan nak takutkan tapi nak share sikit sikit supaya masyarakat kita lebih cakna tentang pentingnya berjumpa dengan doktor gigi untuk rawatan atau check up biasa.
Kalau dapat detect lebih awal, rawatannya juga lebih mudah.
BAGI PEROKOK DAN PENGHISAP VAPE, KEMUNGKINAN UNTUK KENA KANSER LEBIH TINGGI JIKA ANDA TIDAK CUBA UNTUK MENGURANGKAN PENGAMBILAN ATAU LEBIH BAIK BERHENTI TERUS.