Wednesday 27 November 2019

Gusi Bernanah

Pernah dengar pasal gusi bernanah ? 
Atau pernah kena ? 
Atau tak tau pun sebenarnya anda ada gusi bernanah sekarang ni ? 


Ni contoh gambar gusi bernanah
atau macam ni

budak budak pun boleh kena tau 


Okay. Nanah dekat gusi ni ada dua jenis yang selalu berlaku. Pesakit datang kerana kesakitan atau dia tak tau pun gusi dia dah bernanah. Dan dua dua jenis ni terjadi disebabkan faktor yang berlainan. Tengok rajah bawah ni. Fatin akan terangkan satu satu dengan mudah untuk faham ya. 


Rajah sebelah kiri tu, dinamakan Periodontal Abscess yang berlaku disebabkan infeksi yang telah bergerak makin dalam sehingga ke gusi. Dan ini selalu berlaku disebabkan adanya karang gigi atau plak gigi yang terlampau banyak ! 

Tahukah anda ? Karang gigi atau plak gigi ini ada bakteria jahat. Dan bakteria ni boleh merebak ke dalam gusi dengan sangat cepat. Dan bakteria ni sangat jahat sehinggakan dia boleh makan gusi kita dan otot otot kecil yang memegang gigi kita dalam gusi. Makin lama gusi kita makin kebawah dan gigi semakin goyang :(

Jika goyang yang terlampau, maka gigi tu tak dapat diselamatkan lagi. 



Ni contoh gambar gusi menurun. Gusi menurun ni boleh nampak lepas dah cuci gigi (scaling) di klinik gigi. Sebab karang gigi ni hanya boleh dibuang di klinik gigi menggunakan alat scaler sahaja. Memberus tak boleh hilangkan karang gigi. Memberus gigi hanya dapat membuang plak gigi. 

Dan bila gusi dah turun macam ni, tak elok la. Gusi yang dah turun tak boleh naik semula kecuali dengan pembedahan gusi. 
Jadinya, sebab kawasan yang Allah SWT dah jadikan dia sepatutnya di tutup dengan gusi, terdedah kepada persekitaran mulut. Bila terdedah, minum air sejuk ke makan aiskrim ke pesakit akan complain gigi dia sensitif. 

Lepas ni jangan salahkan dentist ya. Gigi anda, amanah anda. Hehe. 


Okay kita sambung. Bila karang gigi yang terlampau banyak dan pesakit tak pergi jumpa doktor gigi untuk cuci gigi (scaling), bakteria dalam karang gigi boleh merebak dan bergerak ke dalam gusi. Dan lama lama terjadilah infeksi dan bernanah di dalam gusi. 

Bila kedudukan nanah tu berada dekat dengan gusi macam gambar ni, ni dipanggil periodontal abscess. Atau gum abscess. Tetapi gum abscess selalu berlaku jika pesakit memberus gigi dengan teknik salah atau terlalu kasar/kuat sehingga mencederakan gusi. 

Berus gigi jangan kuat kuat ya. Guna berus gigi yang SOFT atau ULTRA SOFT dan gunakan ubat kumur (kumur 30 saat, setiap kali lepas berus gigi) sama ada COLGATE PLAX (tidak merokok) dan LISTERINE (merokok). 

Dan jumpa doktor gigi setiap 6 bulan atau setahun sekali ya. WAJIB !

Tidak Merokok. 30 saat setiap kali selepas berus gigi. 

Merokok. 30 saat selepas berus gigi. 

Rawatan yang akan diberikan untuk Peridontal Abscess :

1. Cuci gigi biasa (scaling) atau kalau teruk,
 kena buat DEEP SCALING (cuci lebih dalam dan letak antibiotik dalam gusi.  

2. Ubat kumur yang khas (hanya di klinik gigi) sebab ubat kumur tu ada ubat untuk bunuh bakteria ni dan hanya boleh pakai untuk 2 minggu sahaja. Lepas 2 minggu, teruskan ubat kumur yang biasa (COLGATE PLAX/LISTERINE) 

3. Kalau teruk, doktor gigi akan bagi ubat antibiotik. 

4. Follow up di klinik setiap 3 bulan. 

5. Kurangkan merokok atau berhenti merokok lebih baik. 

6. Guna berus gigi SOFT atau ULTRA SOFT. Tukar berus gigi setiap 3 bulan. 

________________________________________________________________


Okay kita sambung rajah sebelah kanan pulak. Nanah ni dinamakan Periapical Abscess. 

Kedudukannya lebih ke bawah, ke arah akar gigi, dan disebabkan infeksi dari GIGI BERLUBANG !
Pesakit akan complaint TIDAK BOLEH TIDUR WAKTU MALAM, SERING TERJAGA TENGAH MALAM SEBAB SAKIT GIGI. 


Nanah ni berlaku bila gigi yang berlubang di biarkan lama sehingga bakteria yang makan gigi tu bergerak makin ke dalam (ke arah akar). Bila bakteria sampai akar, pesakit tidak akan rasa sakit dah sebab GIGI TU DAH MATI :( 

Bila gigi yang dah mati tak rawat, bakteria ni masih dalam gigi tu, jadi dia akan menetap dalam tu dan terjadinya nanah. Dan pesakit selalunya tak perasan sehingga ... MUKA BENGKAK. 



Bila muka dah mula membengkak, ni kes EMERGENCY
Sebab nanah tu dah merebak ke tempat yang tidak sepatutnya dan boleh sampai ke otak, mata, leher dan jantung dan boleh membawa maut. 

Jadi cepat cepat jumpa doktor gigi kalau, 

1. Gigi rasa ngilu bila makan benda manis 
2. Gigi rasa sakit bila minum air sejuk dan air panas 
3. Makanan selalu tersangkut di permukaan gigi atau di celah gigi (ada lubang) 
4. Tak boleh tidur sebab bila baring sakit gigi
5. Sering terjaga tengah malam sebab sakit gigi
6. Gusi mula membengkak 
7. Muka bengkak

Ada simptom simptom dekat atas ni, cepat cepat jumpa doktor gigi terus ya ! 
Jangan takut. Makin lama nanti lagi sakit. Dan makin lama nanti, rawatannya makin mahal. 

Cepat cepat jumpa doktor gigi berdekatan anda !