Monday 10 August 2015

Takut nak SPM ?!

Ujian. Kenapa kena ada ujian ? 
Untuk periksa tahap kefahaman kita dalam sesuatu subjek tu. 

And yes ! Semua orang takut exam. Lagi lagi SPM. 
Orang orang tua kata SPM ni la yang akan menentukan masa depan kita. 

Ya. Memang betul pun. Tapi semua tu depends on rezeki kita masing masing. 

That's why kena selalu berdoa dekat Allah minta dimurahkan rezeki. 
Buat solat sunat dhuha. Baca surah Al-Waqiah. InshaAllah. 

Dan rezeki tu bukan harta je. 
Kalau okay kita selalu solat sunat dhuha. 
Selalu doa minta dimurahkan rezeki. 
Tup tup result exam tak macam kita nak. 

Tapi cuba throwback balik, sepanjang kita hidup, 
berapa kali kita sakit ? 
Berapa kali Allah permudahkan urusan kita ? 


Rezeki itu bukan hanya pada harta. Tapi kesihatan, masa, urusan kita. 

Dan percayalah, Allah tidak akan bebankan hamba-Nya lebih daripada kemampuan kita. 

Dan, semakin dekat kita dengan Allah, semakin banyak rezeki Allah bagi. 
Ingat bukan harta je rezeki tu. Kesihatan kita. Masa kita, etc. 



Recently, ada junior ni tanya Fatin macam mana nak skor dalam SPM eh ?

Jawapan nya, cari Allah. Dekatkan diri kepada Allah. 

Selalu buat solat hajat. 
Selalu baca Al-Quran. 
Buat solat sunat. 
Buat perkara yang Allah suka. 
Tolong parents
Jangan mengeluh dekat parents
Mudahkan urusan orang lain. (Kalau kita mudahkan urusan org lain, Allah akan mudahkan urusan kita )

Yes. Memang banyak. Kalau macam tu, tak ada masa la nak study. 

No. Jangan cakap macam tu. Believe me
Setiap masa yang digunakan untuk Allah, Allah akan berkati masa tu. 

Berkati masa tu ? Tak faham ?

Berkati masa tu maksudnya setiap kali awak study, ilmu tu akan masuk terus, mudah untuk awak hafal, study pun senang je. Sebab ilmu tu, masa tu Allah berkati. 

Bila exam nanti, Allah akan tolong. Sebab awak dah tolong Allah ( agama ). 

"Setiap kali kamu menolong Allah (agama), maka Allah akan meneguhkan kedudukan mu". 

So, jangan takut nak SPM ni
Relax. Study study study

And kalau boleh, InshaAllah result nanti jangan ada C. 

Bila ada C, susah nak sambung belajar nanti. Even nak sambung overseas pun susah. Sebab ada C. 


And selalu bersangka baik dengan Allah sebab Allah adalah sangkaan kita. 

Kalau kita fikir Allah mesti tak bagi straight A, so memang tak dapat la, 

So, selalu bersangka baik kepada Allah. 

Walaupun kita tau usaha kita tu macam tak cukup je nak dapat straight A, tapi fikir, tanamkan dalam hati yang Allah pasti akan tolong. Lagi lagi kalau awak dah tolong Allah sebelum ni. 

Okay ? 

Bila dah dapat result nanti, jangan lupa sujud syukur. Sebab semua kejayaan kita, milik Allah. 
Alhamdulilah. 




Text dekat atas ni, bukan hanya untuk adik adik atau sesiapa yang nak menduduki peperiksaan, tapi reminder untuk diri Fatin juga. 



All the best ! Good luck !

Sunday 2 August 2015

Kenapa pilih bidang Pergigian ?

Assalamualaikum. 

Post hari ni, Fatin nak jawab soalan yang sering ditanya oleh family, rakan-rakan, masyarakat, doktor-doktor dan ramai lagi lah. Hehe.

Kenapa Fatin pilih dentistry (pergigian) ? 
Kenapa tak pilih medic (perubatan) ?


Ada beberapa jawapan untuk jawab soalan tu. Sebab semakin meningkatnya umur Fatin, Fatin semakin meminati bidang pergigian ni. Jadi makin banyak jawapan untuk jawab persoalan di atas tu. 


Pertama, sebab dulu Fatin pernah pakai pendakap gigi (braces) ketika Fatin masih Tingkatan 2. Ya. Gigi Fatin memang tak cantik. Fatin juga pernah diejek, dipinggirkan kerana gigi Fatin. Serious. Tak tipu. Jadi, ibu bapa Fatin sarankan untuk pakai pendakap gigi untuk tingkatkan self confidence, sebab Fatin memang malu dengan gigi Fatin (siapa tak malu kan ?). 

Fatin pakai untuk 2 tahun sahaja dan tanggalkan pendakap gigi ketika di Tingkatan 4. Sejak tu, Fatin mula menjaga penampilan Fatin. Jaga gigi Fatin. Selalu pergi check up sehingga hari ini. Dulu-dulu memang takut dengan dentists (Fatin rasa semua orang takut dengan dentists tak kira usia kan ? Hehe) tapi lama lama tak takut pun sebenarnya. 

Fatin rasa dentists la sebenarnya lagi lembut dan baik daripada para doktor (sebab Fatin takut dengan doktor actually). Its okay. If you have the same problem, try untuk jumpa dentists every  3 months untuk buat check up. InshaAllah mesti tak takut dah. 

Okay okay. Tu sebab pertama Fatin jadi dentist; Fatin pernah pakai braces, dan nak tukar perspektif orang ramai yang dentists sebenarnya baik je. 


Kedua, selepas habis SPM, Fatin sambung belajar dalam bidang pergigian. Waktu tu still macam 50%-50%. Tak pasti yang pergigian ini memang bidang Fatin ke ... Masih dalam dilemma la kiranya waktu tu. 

Setelah belajar pasal gigi untuk setahun di universiti, minat semakin increasing. Cewah. Seronok rupanya. Sebab apa seronok ? Sebab, Fatin rasa semua sekolah mana ada ajar pasal gigi dalam subjek biology kan ? 

Pergigian. Tak pernah belajar pun sebelum ni di sekolah. 
Pergigian. Learn something new

Tak macam medic. Tulang, cells, muscles, semua tu dah pernah belajar sikit sikit dekat sekolah. 

Tapi gigi. Mana pernah cikgu ajar structure gigi tu. 

Jadi Fatin dah tanamkan dalam diri Fatin untuk teruskan bidang ni. Kerana Fatin suka belajar benda baru. Fatin tak suka belajar benda sama je. That's me. Hehe. 

Dan Fatin juga nak betulkan gigi semua orang, semua orang yang mengalami masalah macam Fatin dulu. Supaya mereka tak dipinggirkan. Mereka tak bersalah pun. 

InshaAllah, Fatin akan cuba untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga jadi pakar dalam orthondontic. Doakan Fatin ya. Lagi 4 tahun inshaAllah. 
Kemudian, FYDO (First Year Dental Officer). Then kerja dan belajar untuk jadi pakar. Nak tolong masyarakat. 



_____________________________________________________________

*Kalau sesiapa yang ada masalah tak tau nak jadi apa, cuba dulu. InshaAllah lama lama mesti minat. Dan niatkan belajar kerana Allah. Nak dapatkan redha Allah. 


*Nak tanya apa apa boleh email Fatin ya. Hantar ke fatinathirah2696@gmail.com



Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum.