Thursday 19 December 2019

KANSER RAHANG

Sebelum ni Fatin cerita pasal kanser mulut dan kanser muka (hidung & kulit).
Hari ni nak cerita pasal kanser rahang. Yang merupakan salah satu kanser mulut jugak dan sering sangat berlaku dan boleh membawa maut kalau lambat mendapat rawatan.

Macam kita semua tau,
kita ada rahang atas (maxilla) yang memegang gigi atas dan merupakan lantai kepada ruang udara kita (hidung) dan,
kita ada rahang bawah (mandible) yang memegang gigi bawah, lidah dan pemisah antara oral cavity (mulut) dan leher.


Kanser rahang selalu terjadi disebabkan kondisi gigi.
Yang mungkin gigi tu telah lamaaaa rosak dan dibiarkan tanpa mendapat rawatan atau cabutan. Sehingga terbentuklah satu cyst di dalam rahang dan cyst ni makin membesar dan berubah menjadi kanser.


Atau, gigi yang terbantut, yang tidak tumbuh ke luar atas faktor genetik atau tidak ada ruang yang mencukupi untuk gigi ini keluar. Lama lama gigi yang di dalam rahang ini akan membentuk satu cyst kerana cell cell yang adda dipermukaan gigi tersebut.


Gigi bila dia keluar, cell cell di permukaan gigi ini akan hilang. Tapi kalau gigi ini terbantut, tak keluar, cell cell di permukaan gigi ini akan berubah menjadi cyst kemudian boleh jadi kanser benign atau malignant.

Dan selalunya gigi yang tak keluar ini terjadi kepada gigi bongsu. Itulah sebabnya ada doktor gigi akan sarankan untuk buang gigi bongsu ini kalau gigi ini terbantut di dalam atau kondisinya boleh menyebabkan terbentuknya cyst dan kanser.

Belah kanan (R) ada gigi yang terbantut dan telah terbentuknya cyst yang mungkin akan membesar dan jadi kanser. 

Jumpa dentist setiap enam bulan boleh detect apa apa kemungkinan, bukan sahaja untuk cuci dan tampal gigi ya.

Dan kanser rahang ini, kalau yang malignant, kanser ini akan makan rahang kita dan menjadikan gigi gigi lain semakin goyang malah rawatan nya memerlukan operation yang sangat lama dan mungkin kalau teruk sangat, rahang anda tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong dan buang.

Pesakit terpaksa membuang separuh rahang bawahnya kerana kanser telah merebak.

Perkara yang sama boleh terjadi kalau ada kondisi gigi yang sudah lama berlubang sehingga gigi tu mati dan dibiarkan tanpa rawatan.



Tengok kanser tu makan gigi lain dan merebak ke rahang sebelah kiri. 

Takut ke ? hehe.
Fatin bukan nak takutkan tapi nak share sikit sikit supaya masyarakat kita lebih cakna tentang pentingnya berjumpa dengan doktor gigi untuk rawatan atau check up biasa.

Kalau dapat detect lebih awal, rawatannya juga lebih mudah.

BAGI PEROKOK DAN PENGHISAP VAPE, KEMUNGKINAN UNTUK KENA KANSER LEBIH TINGGI JIKA ANDA TIDAK CUBA UNTUK MENGURANGKAN PENGAMBILAN ATAU LEBIH BAIK BERHENTI TERUS. 

Thursday 5 December 2019

KANSER MULUT

Selalu orang cakap pasal kanser paru paru, kanser hati, kanser otak, breast cancer dan sebagainya. 

But have you ever heard of MOUTH CANCER ? 
(Tapi adakah anda pernah dengar pasal KANSER MULUT ?)

Tahukah anda kanser mulut merupakan antara kanser yang paling famous dan 
boleh membawa maut. 


(Bawah) Antara contoh gambar gambar kanser dalam mulut. 

Di lelangit

Di pipi

Di gusi

Di gusi

Di lidah 

Di pipi

Bawah lidah

Di bibir 

 Ni antaranya. Ada banyak lagi jenis, bentuk, rupa, warna kanser dalam mulut. 
Atau, kanser di kulit muka, selalunya orang sebut kanser kulit atau kanser hidung. 



Kanser kanser seperti ini, orang kata nampak macam jerawat atau masalah kulit sahaja. Tetapi, ada sesetengah kanser kulit seperti kanser hidung, boleh dilihat dari dalam mulut lagi. Di lelangit. 

Lawatan berkala ke klinik gigi, bukan sahaja dapat mencuci gigi, tampal gigi yang berlubang tetapi dapat mengenalpasti apa apa kemungkinan kanser mulut/kulit dengan lebih awal. 
Lebih awal dapat tahu, lebih tinggi peluang untuk sembuh. 

Dan kanser kanser mulut/kulit pada awalnya pesakit tidak akan rasa sakit, (painless in early stage.). Cuma kemerah merah sahaja atau keputih putihan sahaja. 
Jadi lebih baik berhati hati, dan sentiasa periksa mulut anda untuk kenal pasti lebih awal ! 

Punca kanser mulut :
1. MEROKOK / MENGHISAP VAPE (lebih kerap, lebih tinggi potensi untuk kena kanser mulut)
2. Sering makan makanan yang terlalu pedas dan panas 
3. Makan atau minum makanan terlalu panas sehingga melecur (melecur yang tidak sembuh sembuh) 
4. Ulser (kerap berlaku dan tidak sembuh sembuh) 
5. Sering minum arak 
6. Immune badan yang tidak kuat 
7. Terdedah kepada HPV dan tidak mengambil vaksin HPV (human papilloma virus) 
8. Kerap terdedah kepada sinaran matahari yang melampau (terutama petani)
9. Kerap mengunyah tembakau dan benda benda keras yang boleh mencederakan gusi/lelangit/lidah/etc
10. Genetik

Tanda tanda kanser mulut : (kena terus jumpa dentist ASAP)
1. Susah untuk telan makanan atau air (sakit) 
2. Gigi goyang (lebih daripada satu batang) 
3. Ada bengkak atau ketumbuhan tiba tiba dalam mulut 
4. Ada merah merah atau putih putih dalam mulut
5. Ulser yang tidak pernah sembuh / sering berlaku 
6. Sakit di telinga 
7. Luka di bibir/hidung/mulut yang tidak pernah sembuh 
8. Bengkak / benjolan di bahagian leher atau pipi
____________________________________________________________

Boleh tekan link bawah ini, untuk belajar cara cara untuk memeriksa mulut anda dengan sendiri.

_____________________________________________________________

Jika terdapat tanda tanda atau simptom simptom yang pelik, tolong berjumpa dengan doktor gigi secepatnya mungkin di klinik gigi berdekatan ya !

Early detection might save your life. 
Have a regular check up with your dentist atleast once a year. 

Please do stop smoking or vaping, reduce your alcohol consumption and practice a healthy lifestyle ! 

Stay safe and healthy always. 
Assalamualaikum :)

Wednesday 27 November 2019

Gusi Bernanah

Pernah dengar pasal gusi bernanah ? 
Atau pernah kena ? 
Atau tak tau pun sebenarnya anda ada gusi bernanah sekarang ni ? 


Ni contoh gambar gusi bernanah
atau macam ni

budak budak pun boleh kena tau 


Okay. Nanah dekat gusi ni ada dua jenis yang selalu berlaku. Pesakit datang kerana kesakitan atau dia tak tau pun gusi dia dah bernanah. Dan dua dua jenis ni terjadi disebabkan faktor yang berlainan. Tengok rajah bawah ni. Fatin akan terangkan satu satu dengan mudah untuk faham ya. 


Rajah sebelah kiri tu, dinamakan Periodontal Abscess yang berlaku disebabkan infeksi yang telah bergerak makin dalam sehingga ke gusi. Dan ini selalu berlaku disebabkan adanya karang gigi atau plak gigi yang terlampau banyak ! 

Tahukah anda ? Karang gigi atau plak gigi ini ada bakteria jahat. Dan bakteria ni boleh merebak ke dalam gusi dengan sangat cepat. Dan bakteria ni sangat jahat sehinggakan dia boleh makan gusi kita dan otot otot kecil yang memegang gigi kita dalam gusi. Makin lama gusi kita makin kebawah dan gigi semakin goyang :(

Jika goyang yang terlampau, maka gigi tu tak dapat diselamatkan lagi. 



Ni contoh gambar gusi menurun. Gusi menurun ni boleh nampak lepas dah cuci gigi (scaling) di klinik gigi. Sebab karang gigi ni hanya boleh dibuang di klinik gigi menggunakan alat scaler sahaja. Memberus tak boleh hilangkan karang gigi. Memberus gigi hanya dapat membuang plak gigi. 

Dan bila gusi dah turun macam ni, tak elok la. Gusi yang dah turun tak boleh naik semula kecuali dengan pembedahan gusi. 
Jadinya, sebab kawasan yang Allah SWT dah jadikan dia sepatutnya di tutup dengan gusi, terdedah kepada persekitaran mulut. Bila terdedah, minum air sejuk ke makan aiskrim ke pesakit akan complain gigi dia sensitif. 

Lepas ni jangan salahkan dentist ya. Gigi anda, amanah anda. Hehe. 


Okay kita sambung. Bila karang gigi yang terlampau banyak dan pesakit tak pergi jumpa doktor gigi untuk cuci gigi (scaling), bakteria dalam karang gigi boleh merebak dan bergerak ke dalam gusi. Dan lama lama terjadilah infeksi dan bernanah di dalam gusi. 

Bila kedudukan nanah tu berada dekat dengan gusi macam gambar ni, ni dipanggil periodontal abscess. Atau gum abscess. Tetapi gum abscess selalu berlaku jika pesakit memberus gigi dengan teknik salah atau terlalu kasar/kuat sehingga mencederakan gusi. 

Berus gigi jangan kuat kuat ya. Guna berus gigi yang SOFT atau ULTRA SOFT dan gunakan ubat kumur (kumur 30 saat, setiap kali lepas berus gigi) sama ada COLGATE PLAX (tidak merokok) dan LISTERINE (merokok). 

Dan jumpa doktor gigi setiap 6 bulan atau setahun sekali ya. WAJIB !

Tidak Merokok. 30 saat setiap kali selepas berus gigi. 

Merokok. 30 saat selepas berus gigi. 

Rawatan yang akan diberikan untuk Peridontal Abscess :

1. Cuci gigi biasa (scaling) atau kalau teruk,
 kena buat DEEP SCALING (cuci lebih dalam dan letak antibiotik dalam gusi.  

2. Ubat kumur yang khas (hanya di klinik gigi) sebab ubat kumur tu ada ubat untuk bunuh bakteria ni dan hanya boleh pakai untuk 2 minggu sahaja. Lepas 2 minggu, teruskan ubat kumur yang biasa (COLGATE PLAX/LISTERINE) 

3. Kalau teruk, doktor gigi akan bagi ubat antibiotik. 

4. Follow up di klinik setiap 3 bulan. 

5. Kurangkan merokok atau berhenti merokok lebih baik. 

6. Guna berus gigi SOFT atau ULTRA SOFT. Tukar berus gigi setiap 3 bulan. 

________________________________________________________________


Okay kita sambung rajah sebelah kanan pulak. Nanah ni dinamakan Periapical Abscess. 

Kedudukannya lebih ke bawah, ke arah akar gigi, dan disebabkan infeksi dari GIGI BERLUBANG !
Pesakit akan complaint TIDAK BOLEH TIDUR WAKTU MALAM, SERING TERJAGA TENGAH MALAM SEBAB SAKIT GIGI. 


Nanah ni berlaku bila gigi yang berlubang di biarkan lama sehingga bakteria yang makan gigi tu bergerak makin ke dalam (ke arah akar). Bila bakteria sampai akar, pesakit tidak akan rasa sakit dah sebab GIGI TU DAH MATI :( 

Bila gigi yang dah mati tak rawat, bakteria ni masih dalam gigi tu, jadi dia akan menetap dalam tu dan terjadinya nanah. Dan pesakit selalunya tak perasan sehingga ... MUKA BENGKAK. 



Bila muka dah mula membengkak, ni kes EMERGENCY
Sebab nanah tu dah merebak ke tempat yang tidak sepatutnya dan boleh sampai ke otak, mata, leher dan jantung dan boleh membawa maut. 

Jadi cepat cepat jumpa doktor gigi kalau, 

1. Gigi rasa ngilu bila makan benda manis 
2. Gigi rasa sakit bila minum air sejuk dan air panas 
3. Makanan selalu tersangkut di permukaan gigi atau di celah gigi (ada lubang) 
4. Tak boleh tidur sebab bila baring sakit gigi
5. Sering terjaga tengah malam sebab sakit gigi
6. Gusi mula membengkak 
7. Muka bengkak

Ada simptom simptom dekat atas ni, cepat cepat jumpa doktor gigi terus ya ! 
Jangan takut. Makin lama nanti lagi sakit. Dan makin lama nanti, rawatannya makin mahal. 

Cepat cepat jumpa doktor gigi berdekatan anda ! 




Monday 12 August 2019

Karang Gigi & Plak

Assalamualaikum semua :)

Tajuk hari ni Fatin nak kongsikan mengenai karang gigi dan plak atau nama orang putihnya calculus and plaque. Atau nama pasarnya selalu dengar orang sebut tahi gigi. Hehe.

Kelirukan banyak nama ni. Tapi tahu tak macam mana rupanya karang gigi dan plak ni ? Ke tahu nama je, tak tahu pun bentuknya, warnanya, teksturnya macam mana kan ?

Okay. Jadi hari ni Fatin akan bagitau perbezaan dua benda ni ya :)

Semua orang ada plak (plaque) dalam mulut atas permukaan gigi. Ia terbentuk sejurus selepas kita gosok gigi apabila air liur kita menyelaputi gigi gigi kita. Air liur kita banyak fungsinya dan kandungannya. Dan salah satu kandungannya adalah bakteria. Bakteria ini akan bersatu dengan air liur kita dan duduk atas gigi gigi kita.


Dan plak ini ada yang sikit je (kadang tak nampak pun dengan mata kasar), bermakna anda selalu gosok gigi. Tahniah! 

Atau yang tebal dan ini bermakna anda jarang sekali menggosok gigi. Hmmm :(
Macam gambar bawah ni.



Nampak tak tu ? Dekat gigi dia ada macam selaput. Tu la namanya plak tapi yang tebal.
Dan gusi dia pun bengkak disebabkan bakteria dalam plak tu dah bertambah populasi dia dan menyebabkan inflamasi dekat gusi.

Adakah gigi anda kelihatan seperti gambar di atas ? Tengok cermin sekarang ! 

Rawatan :
Perlu ke klinik gigi dan buat scaling (cuci). 
Gosok gigi atleast 2 kali sehari. 
Kumur guna listerine setiap kali selepas gosok gigi. 

Plak ini kalau sikit macam simple to moderate boleh dihilangkan dengan menggosok gigi sekurang kurangnya 2 kali sehari. 

Atau setiap kali selepas makan TAPI bukan lepas makan terus gosok, 1 JAM selepas makan ya ! 

______________________________________________

Kemudian, Calculus / Karang Gigi.

Karang gigi ini terbentuk disebabkan pengerasan atau mineralisasi (mineralisation) plak tadi.
Bila plak tadi dibiarkan lama lama tanpa rawatan, lama lama plak ni akan mengeras sebab dalam air liur kita ada kalsium. Jadi kalsium ini bila dia bersatu dengan plak tadi tu terjadilah mineralisasi atau pengerasan plak tadi dan terbentuk lah karang gigi ini.

Karang gigi ini tidak boleh dihancurkan, dimusnahkan, dihilangkan dengan memberus gigi ! 
Karang gigi hanya dapat dibersihkan di Klinik Pergigian sebab kena guna scaler iaitu alat yang khas untuk menghancurkan karang gigi ini. 

Karang gigi ni ada yang simple je. Macam bawah ni. Sikit je sebab plak dia sikit.
Nampak tu kuning kuning dekat bawah gigi dan gigi atas tu ada sikit dekat dalam gusi.
Tu lah namanya karang gigi atau calculus.



Selalunya karang gigi ni ada dekat belakang gigi bawah dan geraham gigi atas sebab situ kawasan yang jarang digosok dengan betul. Jadi jangan lupa gosok gigi betul betul ya supaya plak tadi tak mengeras. 


Ni contoh yang moderate to complex calculus,



Teruk kan ? Karang gigi yang terlampau banyak sampaikan gusi dia recession (turun). 
Kalau macam ni memang disarankan sangat sangat pergi jumpa Dr Gigi secepat mungkin. 


Worst case macam ni. 20 tahun tak pernah gosok gigi. Karang gigi tu dah macam gigi je. Belum bau mulutnya lagi. Hmm. 


Komplikasi karang gigi yang menebal,
- Gigi goyang dan makin longgar
- Bau mulut yang dahsyat 
- Kemungkinan gigi yang ada tidak dapat diselamatkan 
- Rawatan yang mahal 

Karang gigi ini boleh jadi warna kuning, coklat, hijau malah hitam sebab warna warna makanan kita atau merokok.

Macam mana nak elakkan adanya plak yang tebal ?
Rajin rajin lah memberus gigi. 

Macam mana nak elakkan karang gigi yang tebal ?
Rajin rajin lah memberus gigi dan jumpa doktor gigi setiap 6 bulan atau setahun sekali. 

Atau, anda nak abaikan sahaja ? 

Pilihan di tangan anda.

Faham dah kan plak dan karang gigi ? Hehe.
Share page ni dekat semua kawan kawan, ahli keluarga supaya semua lebih alert tentang tajuk ni dan kepentingan kita gosok gigi ya :)

Apa apa soalan boleh dihantar ke email : fatinathirah2696@gmail.com

Jumpa lagi dalam tajuk baru.

Monday 29 July 2019

I'm Back ! Finally !

Assalamualaikum semua.

As you guys can tell from the title, I'm Back ! Finally back home to Malaysia for good !

Yes ! Alhamdulillah, Fatin akhirnya akan menjadi doktor gigi, real one, in just few months.

I am finally done with degree ! Alhamdulillah. 

So, sekarang tengah tunggu transkrip daripada universiti untuk daftarkan diri dekat kerajaan and dapat lesen. Then tunggu panggilan kerja. InshaAllah.

Alang alang Fatin pun kerja part time sekarang dekat klinik gigi berdekatan dengan rumah, and kalau ada case atau cerita menarik Fatin akan share dekat sini macam dulu, okay ? Hehe.

Feel free untuk tanya Fatin anything pasal dentistry, study, masalah gigi ke, just let me know thru,
E-mail : fatinathirah2696@gmail.com
Instagram : fatinathirah
Twitter : fatinathirah96 

Fatin akan reply ASAP ya :)

Happy sangat sekarang ni ! Can't wait to get my hands on my patient soon.

___________________________________________________

Next post : Plak dan Kalkulus // Plaque and Calculus

Next post Fatin akan ceritakan pasal ni ya since ramai tak tau nama nama ni dan kepentingan kita bersihkan gigi (gosok gigi setiap hari & every 6 months kena jumpa dentist)

Mesti ramai tertanya tanya kan ?

Jumpa lagi dalam masa terdekat ni ya :)