Wednesday 29 August 2018

Gigi Mati (Pulp Necrosis)

Hi ! Dah lama tak update vlog baru hehe sorry sangat sangat sebab Fatin agak sibuk.

Actually hari sabtu 18/8 hari tu Fatin baru je lepas surgery (Minor Oral Surgery) buang gigi bongsu Fatin (Wisdom tooth) sebab dia senget hehe jadi better buang macam Fatin ada cerita dalam post yang sebelum ni.

Okay jadi hari ni, Fatin nak cerita pasal Gigi Mati atau Pulp Necrosis.


Ha gambar atas ni adalah contoh gigi yang DAH LAMA MATI. 

Gigi yanh dah lama mati akan ada discolouration (perubahan warna) yang makin lama makin gelap dan tak cantik la kan lagi lagi gigi depan.

Gigi yang dah mati, perlu melalui beberapa treatment dan boleh dirawat supaya lebih cantik dan masih boleh digunakan.

Tak perlu cabut selagi masih boleh dirawat ya !

Cabut atau extraction adalah option yang terakhir dalam pergigian !

Okay sebelum tu Fatin akan bagitau apa penyebab gigi boleh mati dan symptoms nya.

Yang paling selalunya terjadi -> TRAUMA to the tooth. Maksudnya mungkin gigi tu ditumbuk, dipukul atau jatuh ke lantai dan terkena gigi.
Atau ada caries (berlubang) yang terlalu dalam dan dibiarkan (neglect) selalunya berlaku dekat gigi geraham.
Symptom yang selalu pesakit complain -> Dulu sakit tapi lama lama tak sakit dah. 

Ha jadi kadang kadang pesakit tu tak tau pun gigi tu dah mati pada awalnya unless dia ada berjumpa doktor dan doktor gigi akan buat beberapa ujian untuk kenal pasti gigi tu.

Ni electric pulp testing. Kalau gigi tu dah mati, pesakit tak akan rasa apa apa. 

Ni cold test. Pesakit tak akan rasa apa apa cold sensation kalau gigi dia dah mati. 

Ni doktor akan reflect cahaya dari belakang untuk tengok dalam gigi.
Kalau ada bayang bayang hitam, kemungkinan gigi tu dah mati. 

Dan kalau dibiarkan lama lama sebab pesakit tak tau pun kan, boleh jadi kemungkinan akan ada nanah atau abscess dekat akar gigi.

Nampak atas tu ada nanah sikit 

Ni contoh illustrasi kalau gigi berlubang yang dibiarkan lama lama boleh menyebab gigi mati dan bernanah.
 Nampak nanah dekat bawah akar gigi tu. 

Ni contoh nanah dekat gigi belakang (geraham) 

Symptom pada awalnya pesakit akan rasa sakit kemudian lama lama tak sakit langsung (tandanya gigi sudah mati) kemudian sakit semula bila nanah dah ada.

Kalau ada sesiapa mengalami masalah macam ni, jangan risau okay.

First thing, kalau terjatuh ke terhantuk ke dipukul ke ditumbuk ke kena gigi cepat cepat jumpa doktor gigi ya.
Bagitau la "Doktor semalam saya kena tumbuk dekat gigi. Doktor check gigi saya boleh ke ?"

Kalau ada gigi dah tercabut tu nak buat macam mana kan. Tu memang tak boleh diganti kecuali dengan gigi palsu. Kalau masih ada gigi, masih boleh diselamatkan inshaAllah.

Jadi treatment yang doktor akan bagi,

1. Root Canal Treatment / Rawatan Akar atau Saraf untuk buang semua nanah dan bakteria atau any infections, kemudian doktor akan suggest,

2. Crown untuk lindungi gigi tu daripada apa apa retak atau impak sebab gigi dah mati ni dia tak sekuat gigi yang masih hidup, dan supaya tak nampak kalau ada perubahan warna pada gigi


Okay ? Hehe.

Jadi apa apa yang ada impak pada gigi cepat cepat jumpa doktor gigi ya.



Sunday 12 August 2018

GIGI BONGSU (Wisdom tooth)


Hey hey,

okay dalam post hari ni untuk Weekly Vlog, Fatin akan bagitau complain yang selalu pesakit berumur 20 tahun ke atas datang clinic kerana GUSI BENGKAK atau GUSI SAKIT.

Ni gusi bengkak (Pericoronitis), next time Fatin cerita gusi bengkak (Gingivitis) pulak ya.

Complain ni biasa doktor doktor dapat daripada pesakit yang berumur 20 tahun ke atas (usually).

Jadi Fatin nak kongsi sikit supaya reader yang mengalami sakit ni tak panik ya.

Doktor : Hai. Assalamualaikum.

Pesakit : Waalaikumussalam doktor.

Doktor : Okay. Datang sebab apa ya ?

Pesakit : Gusi saya bengkak doktor. Sakit bila nak makan. Sometimes nak bukak mulut pun sakit. Kenapa ya ?

Doktor : Okay, mari doktor tengok.


Bukan gambar sebenar daripada pesakit


Doktor : Okay. Awak tau gigi geraham terakhir atau pernah dengar Wisdom Tooth ?

Pesakit : Tak doktor.

Doktor : Okay tak pe. Mari doktor bagitau.

Pada umur 20 tahun ke atas selalunya la tapi ada 18 tahun pun ada, akan ada gigi baru tumbuh dekat belakang sekali, atas dan bawah. TAPI, ada sesetengah orang mungkin ada satu je atau dua atau ada empat empat atau yang bernasib baik tak ada langsung semua.

Gigi ni akan tumbuh bila ada ruang atau tersengkat (impacted) dekat dalam tak boleh keluar. Yang boleh keluar ni akan sakit sikit la sebab dia nak keluar tu akan ada gusi bengkak atau yang tersengkat dekat dalam (impacted) ada pesakit rasa sakit atau ada yang tak sakit.

Kalau ruang dalam mulut ada, gigi ni akan tumbuh normal. Kalau tak muat, dia boleh tumbuh senget. Dan kalau senget, atau sakit, dinasihatkan untuk cabut.

Nampak gigi terakhir atas dan bawah tu. Yang bawah tu terbaring dan perlu di buang.
Yang atas, kalau normal dan pesakit tak complain from any cheek biting (tergigit pipi) boleh simpan je. 

Usually ANGULAR dan HORIZONTAL perlu dibuang untuk mengelakkan komplikasi lain.


Pesakit : Oh, saya baru tau. Jadi doktor apa perlu saya buat ? Kenapa kena buang kalau senget tu ?

Doktor : Awak punya nanti kita ambik xray panorama untuk tengok position gigi tu.

Kalau senget better buang sebab nanti,

Tengok gigi tu, dia tersentuh dengan gigi sebelah dan lama lama dia akan rosakkan gigi sebelah tu
 end up nanti lama lama bila dah rosak, kena cabut dua gigi instead of satu gigi je. 

Atau, makanan akan termasuk melalui C tu dan menyebabkan gigi sebelah akan berlubang macam A dan B tu.
Dan end up buang dua gigi instead of satu je.


Atau gigi tu akan terus tolak gigi sebelah dan kalau pesakit yang baru lepas treatment braces (pendakap gigi),
gigi bawah atau atas akan kembali crowding (berlapis lapis). Jadi rugilah pakai braces. 

Atau worst scenario,


Ada TUMOR atau CYST yang tumbuh bersama gigi tu. Nampak sebelah gigi tu. Yang bulatan hitam tu.
Yang macam ni, memang kena buang sebab dia akan membesar dan makan rahang. 

Pesakit : Oh alamak.

Doktor : Tapi tak pe. Awak kena selalu datang buat check up sini ya every 6 month supaya doktor boleh detect apa apa possibilities earlier okay ? Hehe.

Pesakit : Okay. Kalau macam sekarang ni doktor, gusi saya bengkak, susah saya nak makan.

Doktor : Okay itu normal sebab dia nak tumbuh. So for now, saya akan bagi Antibiotik dan Pain Killers (paracetamol / panadol) dulu ya. Kalau sakit sangat, kumur dengan air garam. Dan Jangan Makan dekat bahagian sakit tu. Nanti makanan termasuk lagi sakit. Atau tergigit pulak lagi sakit ya.

Pesakit : Oh okay baiklah doktor. Terima kasih.

Doktor : Sama sama. Apa apa boleh jumpa doktor ya. Terus jumpa jangan hesitate. Dentist baik je. Hehe.

Pesakit : Okay hehe.

____________________________________________________

Antibiotik hanya boleh didapatkan di clinic sahaja under supervision dan prescribed doktor.

Bagi pesakit yang mengandung, digalakkan untuk berjumpa doktor gigi terus yang berdekatan atau untuk ubat tahan sakit, paling selamat untuk ibu mengandung boleh ambik panadol, kumur air garam, tuam tuala panas.


Sunday 5 August 2018

Makin lama makin sakit dan makin mahal ... (2)

Pada suatu hari,

ada seorang pesakit ni datang klinik, with complain of sakit gigi (macam biasa).


Doktor : Dah lama ke sakit gigi ni ?

Pesakit : Lama jugak. Makin lama makin sakit.

Doktor : Sakit macam mana ? With sweets ? With hot or cold ? Atau sakit tu mengganggu tidur waktu malam ?

Pesakit : Sakit sampai tak boleh tidur malam. Dulu boleh tidur, tapi makin lama makin teruk.

Doktor : Okay. Saya check gigi awak ada lubang dekat tepi. Tapi nak tengok kedalaman bakteria tu invade (masuk) gigi awak, kita buat xray dulu ya.

Pesakit : Okay .




Ni bukan gambar sebenar daripada pesakit, sebabnya kalau nak post gambar daripada pesakit kena mintak kebenaran pesakit dulu hehe. Tapi macam ni la case dia. 



Doktor : Okay. Awak nampak xray tu. Hitam tu ada berlubang dekat tepi. Dan bakteria tu dah masuk sampai ke saraf. Itu yang menyebabkan awak sakit waktu malam bila nak tidur. Bila awak baring, pressure dekat dalam gigi dan saraf tu meningkat, dan menyebabkan awak tak boleh tidur. 

Pesakit : Oh. Dulu doktor ada bagitau untuk tampal tapi saya ignore appointment doktor. Huhu. 

Doktor : See. I told you. Kalau ignore macam ni la. Now, saya tak boleh buat tampalan biasa. Saya kena buat Root Canal Treatment (RCT) atau bahasa melayu nya Rawatan Akar. 

Pesakit : Oh (muka berkerut). Berapa harganya tu doktor ? 

Doktor : Sebab ni gigi belakang, rawatan akar selalunya dalam RM 1200 ke atas. Dan perlu datang ke klinik dalam 4 ke 5 kali interval seminggu. Ni wajib datang ikut appointment kalau tak nanti bakteria tu datang balik dan dia akan attack dan result in more serious and painful condition iaitu abscess (nanah). 

Pesakit : Ouch. Sakit gigi dan dompet saya doktor. Huhu. 

Doktor : Atau option lain, cabut lah. Tapi saya tak nasihatkan awak cabut. Nanti awak susah nak makan. Dan kalau cabut akan menyebabkan gigi sebelah senget ke arah tempat kosong. Dan lama lama more serious complication akan happen. 

Pesakit : Ala doktor apa patut saya buat ? (sambil menangis kesakitan) 

Doktor : Kalau awak buat RCT saya akan cadangkan lepas RCT, awak buat Crown pulak untuk lindungi gigi tu. Sebab gigi tu dah mati, dah tak kuat. Kalau awak gigit kuat, gigi tu akan retak dan akhirnya kena cabut jugak. Crown ni akan lindungi gigi tu sampai bila bila dengan syarat GOOD ORAL HYGIENE la lepas ni. 




Pesakit : Hmm .. Kalau buat RCT je dah mahal lepas tu crown tu RM 1000 kan ? 

Doktor : Ye betul. Crown satu gigi RM 1000. 

Pesakit : Hmm ...


_______________________________________________________


Jadi begitulah nasib pesakit yang mengabaikan gigi mereka. 

Dan rawatan akar ni sakit tau. Tapi tak ada la sakit. Doktor akan inject ubat bius supaya tak sakit. Tapi proses rawatan akar ni sangatlah lama dan leceh.

Terlalu banyak proses untuk betul betul bersihkan akar supaya bakteria tak masuk dah gigi tu. Mulut kita ni sentiasa ada bakteria. Jadi untuk betul betul bersihkan tu lama proses nya.

Dan kosnya pun mahal sangat !

Kalau la pesakit ni dah tampal dari awal, tampalan biasa hanya RM 100 ke RM 200 sahaja.


_______________________________________________________


Jadi, satu perkara je nak cakap,

JANGAN ABAIKAN SEBAB MAKIN LAMA MAKIN SAKIT DAN MAKIN MAHAL ! 


Bak kata lecturer Fatin,

DENTISTRY IS NOT EXPENSIVE, NEGLECT IS !

AND 

PREVENTION IS BETTER THAN CURE.

_____________________________________

Jangan lupa FLOSS ya supaya tak ada cavity (berlubang) di celah gigi. 

Makin lama makin sakit dan makin mahal ... (1)

Macam biasa la kan orang akan datang ke klinik gigi dengan complain SAKIT GIGI,
betul tak ? hehe. 

Ada je datang untuk check up, tapi tu inisiatif masing masing la kan. 

Tapi Fatin nak nasihatkan sikit je, 
jumpa lah doktor gigi walaupun tak sakit gigi untuk check up. 

Kalau doktor kata,

Doktor : Awak ada banyak karang gigi (calcalus) ni ... Gosok gigi mesti berdarah kan ? Nak buat scaling dan polishing tak ?


Pesakit : Aah betul. Ada darah. Tapi tak tau sebab apa. Berapa harga nak buat scaling tu doktor ?

Doktor : Selalu harga range RM 80 - RM 200. Ikut berapa tebal karang gigi. Kalau awak punya sikit je ni, dalam RM 100. Tapi kalau awak NEGLECT (!) biasa la akan jadi mahal la. Makin lama makin tebal makin mahal la harganya. 

Pesakit : Oh boleh la. Nanti tebal makin mahal pulak. 

Doktor : Okay. Nanti lepas siap treatment doktor boleh cerita kes lain yang kalau NEGLECT memang akan jadi mahal. 

Pesakit : Haha. Okay doktor. Boleh je. Tak sakit kan ?

Doktor : Ha ni pun satu. Kalau makin NEGLECT, makin MAHAL, makin SAKIT. Tapi awak punya sikit ni tak sakit pun. Jangan risau ya. Relax je. 

Pesakit : Okay hehe. 



Scaling dan Polishing akan ambil masa lebih kurang 30 - 45 minit 
(bergantung pada karang gigi)



Doktor : Okay dah siap. Lepas ni, ada rasa macam gatal gatal sikit dalam gusi tapi sekejap je berapa minit dari sekarang sebab tadi doktor lalukan scaler ni dalam gusi awak untuk bersihkan betul betul.

Pesakit : Okay. Oh doktor, tadi kata nak cerita hehe ..

Doktor : Ha, nak tau ke ? Okay meh doktor cerita ...