Saturday 1 February 2020

Series : YES or NO (Part 1)

Hi everyone ! And happy February.
Waahh dah bulan februari dah tahun 2020 ni. Time do flies so fast.

Okay. So alot have been asking me about some of this and that regarding dental problems.

Hence, terjadi lah series 'Yes or No' ni. Hopefully this series can go well and Yes ! You can personally ask me apa apa soalan yang bermain di minda and Fatin akan letak kan dalam series ni.

Jangan malu malu bertanya. Tak bertanya maka tak tau. Hehe.

Okay so let's begin,

Question 1 : 
Ubat gigi Charcoal boleh putihkan gigi, YES or NO ? 

Jawapannya, YES ! But .... ahaaaaaaa ada BUT ye di situ !!! Sila teruskan membaca.
Tak boleh digunakan setiap hari.

Why ?!
Charcoal ni butiran / beads / particles dia sangat harsh on the teeth.
Jadi tak boleh digunakan setiap hari. Once a week only (sekali seminggu sahaja).

Apa jadi kalau pakai setiap hari ?!!!
Kalau pakai setiap hari, setiap kali memberus, lama kelamaan gigi anda akan menipis.


Okay. Tengok gambar dekat atas ni. Ni adalah gambar struktur gigi.
Ada enamel dan dentin. 
Dua benda ini yang memberi warna kepada gigi kita secara semula jadi.
Setiap manusia ada ketebalan (thickness) enamel yang berbeza.

Kalau enamel dia tebal, gigi dia akan kelihatan putih dan tidak terlalu kuning.
Tapi, jika enamel seseorang itu nipis, warna dentin yang semula jadinya memang berwarna kekuningan akan terserlah di sebalik enamel yang nipis.

Okay, fahamkan. Jadi, bila anda gosok gigi setiap hari, setiap masa guna ubat gigi charcoal ni, enamel anda akan menipis !!! 
Dan gigi akan nampak lebih kekuningan dan gigi anda akan menjadi semakin sensitif !!!! 
Kerana lapisan enamel yang menjaga saraf saraf di dalam lapisan gigi tu makin nipis.

Fuuhh bayangkan minum air sejuk ke panas ke masam ke .... Tskk sakitnya.


Charcoal ni atau ubat gigi yang lain yang dikatakan boleh memutihkan gigi ni, sebenarnya target market dia are more to orang yang ada staining macam perokok, peminum kopi/teh tegar, vapers dan sebagainya. Benda benda ni tinggalkan stain pada gigi seperti warna hitam atau coklat.

Tapi kalau orang yang tidak merokok, bukan peminum tegar kopi dan teh, berus gigi menggunakan ubat gigi biasa pun okay dah. Jangan rosakkan gigi yang Tuhan dah berikan tu. Sayang je.

Bukan charcoal je tau, ubat gigi lain yang menawarkan pemutihan ni, boleh pakai seminggu sekali sahaja atau 2  minggu sekali. Jangan pakai setiap hari ya. Lagi bagus sebulan sekali je. Bila staining tu dah banyakkkk baru guna.

:)


Question 2 : 
Treatment WHITENING boleh putihkan gigi, YES or NO ?

Jawapannya, YES ! Boleh.

Dah nama rawatan nya pun whitening, mesti la boleh putihkan.
Tapi, ..... ala ada tapi lagi :(

Okay biar Fatin jelaskan dulu macam mana rawatan ni dilakukan. Dan rawatan ini boleh dibuat di rumah atau di klinik gigi. Tapi sebaik baiknya, buat di klinik gigi sebab ada pemantauan daripada doktor terus. Lebih selamat macam tu.

Whitening ni, pertama sekali doktor gigi akan letak satu bahan di sekeliling gigi untuk melindungi gusi gusi kita ni daripada bahan bahan yang digunakan untuk cerahkan tona warna gigi ni.
Macam gambar bawah ni.


Kemudian doktor akan sapu acid di permukaan gigi supaya lapisan enamel gigi ni memberi ruang untuk bahan seterusnya. (Lupa enamel tu apa ? Tengok soalan 1 tadi)

Selepas acid ini bertindak, permukaan gigi akan dibersihkan dan dikeringkan sebelum letak bahan seterusnya untuk mencerahkan gigi.

Bahan seterusnya diletakkan di atas permukaan gigi dan diaktifkan dengan menggunakan lampu khas selama 15 minit.


Ada sesetengah klinik gigi menawarkan satu pusingan sahaja (15 minit), ada juga klinik gigi yang menawarkan 3 pusingan (45 minit). Depends pada chemical yang digunakan.

Semasa rawatan ini, ada pesakit akan complain gigi dia sakit sensitif ngilu macam tu dan tak boleh tahan lalu menghentikan rawatan.

Jadinya rawatan whitening ini tidak boleh dilakukan kepada semua pesakit. Hanya boleh dibuat kepada pesakit yang tidak ada masalah gigi sensitif dan ketebalan enamel yang mencukupi sahaja. Sebab itu tadi, Fatin kata lebih baik buat in-office whitening maksudnya whitening di klinik gigi bersama doktor.

Jadi macam mana bahan yang terakhir tadi bertindak ?
Bahan tersebut akan memecahkan particles staining atau kesan kesan berwarna pada gigi dan akhirnya gigi kelihatan lebih putih.

Tetapi, ... ha ni tapi tadi, whitening ini hanya boleh bertahan 6 bulan hingga 1 tahun depending on what you consume. Makan minum benda berwarna ke memang esok dah tak putih dah.
Dan ya boleh buat whitening balik lepas setahun tapi, ingat, acid yang digunakan tu kalau guna selalu boleh menipiskan lapisan enamel kita. So tak elokkkkkk buat banyak kali.


Dan di pasaran, ada banyak yang jual Home Kit Whitening ni. Ni sebenarnya boleh guna tapi yang di luar tu Fatin tak tau bahan apa yang digunakan. Kalau nak beli yang ini, boleh beli dekat mana mana KLINIK GIGI dan tanya pada doktor terus cara penggunaanya.

Jangan beli yang di luar tu. Ye memang murah tapi selamat ke ?

Oh lupa nak bagitau, rawatan whitening ni hanya ada di KLINIK GIGI SWASTA ya. Bukan klinik pergigian kerajaan ya.

:)



Monday 20 January 2020

FAKE ALERT !

Assalamualaikum. Hi !

Ceh kalau buat video, mesti intro dia macam ni,
"Hi ! Welcome back to my channel." 
Hahahaha.

Tapi Fatin ni pemalu. Berani tulis di sebalik screen je. Tak ada courage lagi nak bercakap depan camera. Hehe.

Okay. Enough. Hari ni Fatin nak cerita and bagi warning mengenai Fake Dentists ! 

Mesti ramai yang pernah ternampak pasal Fake Braces, Fake Veneers, Fake Denture (gigi palsu) dan etc. Atau tak pernah ternampak lagi ? 

Sekarang zaman dah moden. Ada ramai doktor gigi palsu yang belajar cara pemasangan braces (pendakap gigi), atau veneers atau gigi palsu, melalui Youtube atau mana mana agensi yang menawarkan pembelajaran ni especially dari negara jiran. 
Benda ni SALAH ! Salah dari segi undang undang !

Sebab kenapa ? Kenapa doktor doktor gigi yang betul ni belajar lama lama sampai 5-6 tahun, tapi ada orang buat kerja haram, tipu masyarakat, buat benda tak elok, yang memudaratkan kesihatan masyarakat ? Penat belajar lelah menangis tapi orang orang ni senang je tipu masyarakat. Hmm. 




Macam mana nak tau dia adalah FAKE DENTIST ? 
- Anda sebagai pesakit, boleh mintak untuk check/periksa nama doktor tersebut dalam website KKM. 
- Anda berhak untuk tengok sijil pendaftaran dia. 
- Dia menawarkan rawatan di luar klinik seperti di rumah anda, di hotel, atau sebagainya. 
- Dia tidak memakai glove/sarung tangun. 
- Dia bertanya kepada anda melalui whatsapp atau media social (dia approach dulu). Mana ada doktor gigi cari pesakit. 
- Dia menawarkan harga rawatan yang terlampau murah/terlampau mahal/harga bukan standard klinik kerajaan atau swasta

Kenapa tak boleh buat dengan FAKE DENTIST ?
- Tempat rawatan di luar klinik yang tidak bersih. Kalau anda nak tau, di klinik, setiap kali setelah selesai rawatan seorang pesakit, nurse akan bersihkan tempat duduk dan semua alatan dan kawasan yang digunakan oleh doktor gigi sebelum pesakit seterusnya dibenarkan masuk. Supaya tidak ada CROSS INFECTION.

- Barang barang yang digunakan tidak dibersihkan dan dimasak. Jika di klinik, barang barang dan alatan yang digunakan akan dibersihkan dan dimasak (sterilize) menggunakan machine dengan suhu yang tinggi untuk membunuh semua kuman, bacteria dan virus. Supaya selamat digunakan untuk pesakit yang lain. Dan mengelakkan CROSS INFECTION. 

- Rawatan yang diberikan tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi pesakit, malah pesakit merasa semakin tidak selesa dan semakin sakit. Kerana setiap pesakit, ada masalah yang berbeza dan solusi yang berbeza. Jadi setiap pesakit ada treatment plan masing masing yang dirancang oleh doktor gigi tersebut. 

Misalnya, kalau pakai braces, ada pesakit kena cabut gigi, ada pesakit tak perlu, Ada pesakit perlukan veneers, ada pesakit tidak perlukan veneers atau tidak boleh memaki veneers mengikut keadaan dan kesihatan gigi dan mulut masing masing. Begitu juga dengan gigi palsu. 

- Tidak ada rawatan susulan selepas pemasangan braces, veneers atau gigi palsu. Sepatutnya, setelah pemasangan braces, pesakit akan ada rawatan susulan ke klinik gigi setiap bulan untuk memastikan gigi anda bergerak bergerak seperti yang dirancang. Treatment plan yang dirancang oleh doktor gigi tersebut untuk memastikan keharmonian gigi dan mulut di akhir rawatan nanti.

- Fake Dentist tidak menawarkan rawatan scaling dahulu dan rawatan sewajarnya sebelum memakai braces, veneers atau gigi palsu. Walhal, scaling atau cuci gigi, merupakan langkah pertama dan sangat penting untuk memastikan kesihatan mulut dan gigi berada dalam keadaan baik dan dibolehkan untuk meneruskan rawatan seterusnya. Kalau gigi kotor banyak karang gigi, habis sia sia semuanya. 

Apabila gigi atau keadaan mulut kita berada dalam keadaan yang kotor dan tidak dibenarkan untuk membuat rawatan seterusnya sehingga semuanya sihat tapi kita masih meneruskan pemakaian braces palsu ni atau veneers atau gigi palsu, lama lama anda akan kehilangan gigi anda. 
Gigi akan semakin goyang kerana dimakan bakteria. 
Gusi akan membengkak dan bernanah kerana persekitaran mulut yang kotor dan tidak bersih. 
Mulut akan berbau. 
Dan sakit gigi atau gusi yang melampau. 
Eeeeeeewwwww. 

Dan, anda nak tau, gigi ini lah merupakan anugerah dan amanah yang Allah bagi kita pinjam untuk kita jaga dengan baik kerana, tak ada satu benda yang boleh menggantikan gigi kita. Kalau tulang dalam badan boleh digantikan dengan besi atau boleh bercantum semula, tapi gigi ..... tak ada. 

Dan, penyakit penyakit seperti HIV, Hepatitis dan sebagainya yang boleh berjangkit melalui darah dan air liur boleh terjangkit kepada pesakit seterusnya jika brang barang yang digunakn tidak dibersihkan dan dimasak ! Anda nak ke guna barang yang kotor ? Ada virus orang ? Eeeuuwww. 

Jadi, kalau sakit gigi ke, nak pakai braces sebab nak betulkan gigi ke, nak pakai veneers ke atau buat whitening ke, nak buat gigi palsu ke, terus pergi ke klinik gigi yang betul ya. 

Kalau ada yang buat dekat rumah atau hotel atau butik kecantikan tu, jangan buat ! Tu tipu. 

Kesihatan anda, amanah Tuhan. 

Sekian. Terima kasih. 
Apa apa soalan boleh email ke fatinathirah2696@gmail.com 
:)


Thursday 19 December 2019

KANSER RAHANG

Sebelum ni Fatin cerita pasal kanser mulut dan kanser muka (hidung & kulit).
Hari ni nak cerita pasal kanser rahang. Yang merupakan salah satu kanser mulut jugak dan sering sangat berlaku dan boleh membawa maut kalau lambat mendapat rawatan.

Macam kita semua tau,
kita ada rahang atas (maxilla) yang memegang gigi atas dan merupakan lantai kepada ruang udara kita (hidung) dan,
kita ada rahang bawah (mandible) yang memegang gigi bawah, lidah dan pemisah antara oral cavity (mulut) dan leher.


Kanser rahang selalu terjadi disebabkan kondisi gigi.
Yang mungkin gigi tu telah lamaaaa rosak dan dibiarkan tanpa mendapat rawatan atau cabutan. Sehingga terbentuklah satu cyst di dalam rahang dan cyst ni makin membesar dan berubah menjadi kanser.


Atau, gigi yang terbantut, yang tidak tumbuh ke luar atas faktor genetik atau tidak ada ruang yang mencukupi untuk gigi ini keluar. Lama lama gigi yang di dalam rahang ini akan membentuk satu cyst kerana cell cell yang adda dipermukaan gigi tersebut.


Gigi bila dia keluar, cell cell di permukaan gigi ini akan hilang. Tapi kalau gigi ini terbantut, tak keluar, cell cell di permukaan gigi ini akan berubah menjadi cyst kemudian boleh jadi kanser benign atau malignant.

Dan selalunya gigi yang tak keluar ini terjadi kepada gigi bongsu. Itulah sebabnya ada doktor gigi akan sarankan untuk buang gigi bongsu ini kalau gigi ini terbantut di dalam atau kondisinya boleh menyebabkan terbentuknya cyst dan kanser.

Belah kanan (R) ada gigi yang terbantut dan telah terbentuknya cyst yang mungkin akan membesar dan jadi kanser. 

Jumpa dentist setiap enam bulan boleh detect apa apa kemungkinan, bukan sahaja untuk cuci dan tampal gigi ya.

Dan kanser rahang ini, kalau yang malignant, kanser ini akan makan rahang kita dan menjadikan gigi gigi lain semakin goyang malah rawatan nya memerlukan operation yang sangat lama dan mungkin kalau teruk sangat, rahang anda tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong dan buang.

Pesakit terpaksa membuang separuh rahang bawahnya kerana kanser telah merebak.

Perkara yang sama boleh terjadi kalau ada kondisi gigi yang sudah lama berlubang sehingga gigi tu mati dan dibiarkan tanpa rawatan.



Tengok kanser tu makan gigi lain dan merebak ke rahang sebelah kiri. 

Takut ke ? hehe.
Fatin bukan nak takutkan tapi nak share sikit sikit supaya masyarakat kita lebih cakna tentang pentingnya berjumpa dengan doktor gigi untuk rawatan atau check up biasa.

Kalau dapat detect lebih awal, rawatannya juga lebih mudah.

BAGI PEROKOK DAN PENGHISAP VAPE, KEMUNGKINAN UNTUK KENA KANSER LEBIH TINGGI JIKA ANDA TIDAK CUBA UNTUK MENGURANGKAN PENGAMBILAN ATAU LEBIH BAIK BERHENTI TERUS. 

Thursday 5 December 2019

KANSER MULUT

Selalu orang cakap pasal kanser paru paru, kanser hati, kanser otak, breast cancer dan sebagainya. 

But have you ever heard of MOUTH CANCER ? 
(Tapi adakah anda pernah dengar pasal KANSER MULUT ?)

Tahukah anda kanser mulut merupakan antara kanser yang paling famous dan 
boleh membawa maut. 


(Bawah) Antara contoh gambar gambar kanser dalam mulut. 

Di lelangit

Di pipi

Di gusi

Di gusi

Di lidah 

Di pipi

Bawah lidah

Di bibir 

 Ni antaranya. Ada banyak lagi jenis, bentuk, rupa, warna kanser dalam mulut. 
Atau, kanser di kulit muka, selalunya orang sebut kanser kulit atau kanser hidung. 



Kanser kanser seperti ini, orang kata nampak macam jerawat atau masalah kulit sahaja. Tetapi, ada sesetengah kanser kulit seperti kanser hidung, boleh dilihat dari dalam mulut lagi. Di lelangit. 

Lawatan berkala ke klinik gigi, bukan sahaja dapat mencuci gigi, tampal gigi yang berlubang tetapi dapat mengenalpasti apa apa kemungkinan kanser mulut/kulit dengan lebih awal. 
Lebih awal dapat tahu, lebih tinggi peluang untuk sembuh. 

Dan kanser kanser mulut/kulit pada awalnya pesakit tidak akan rasa sakit, (painless in early stage.). Cuma kemerah merah sahaja atau keputih putihan sahaja. 
Jadi lebih baik berhati hati, dan sentiasa periksa mulut anda untuk kenal pasti lebih awal ! 

Punca kanser mulut :
1. MEROKOK / MENGHISAP VAPE (lebih kerap, lebih tinggi potensi untuk kena kanser mulut)
2. Sering makan makanan yang terlalu pedas dan panas 
3. Makan atau minum makanan terlalu panas sehingga melecur (melecur yang tidak sembuh sembuh) 
4. Ulser (kerap berlaku dan tidak sembuh sembuh) 
5. Sering minum arak 
6. Immune badan yang tidak kuat 
7. Terdedah kepada HPV dan tidak mengambil vaksin HPV (human papilloma virus) 
8. Kerap terdedah kepada sinaran matahari yang melampau (terutama petani)
9. Kerap mengunyah tembakau dan benda benda keras yang boleh mencederakan gusi/lelangit/lidah/etc
10. Genetik

Tanda tanda kanser mulut : (kena terus jumpa dentist ASAP)
1. Susah untuk telan makanan atau air (sakit) 
2. Gigi goyang (lebih daripada satu batang) 
3. Ada bengkak atau ketumbuhan tiba tiba dalam mulut 
4. Ada merah merah atau putih putih dalam mulut
5. Ulser yang tidak pernah sembuh / sering berlaku 
6. Sakit di telinga 
7. Luka di bibir/hidung/mulut yang tidak pernah sembuh 
8. Bengkak / benjolan di bahagian leher atau pipi
____________________________________________________________

Boleh tekan link bawah ini, untuk belajar cara cara untuk memeriksa mulut anda dengan sendiri.

_____________________________________________________________

Jika terdapat tanda tanda atau simptom simptom yang pelik, tolong berjumpa dengan doktor gigi secepatnya mungkin di klinik gigi berdekatan ya !

Early detection might save your life. 
Have a regular check up with your dentist atleast once a year. 

Please do stop smoking or vaping, reduce your alcohol consumption and practice a healthy lifestyle ! 

Stay safe and healthy always. 
Assalamualaikum :)

Wednesday 27 November 2019

Gusi Bernanah

Pernah dengar pasal gusi bernanah ? 
Atau pernah kena ? 
Atau tak tau pun sebenarnya anda ada gusi bernanah sekarang ni ? 


Ni contoh gambar gusi bernanah
atau macam ni

budak budak pun boleh kena tau 


Okay. Nanah dekat gusi ni ada dua jenis yang selalu berlaku. Pesakit datang kerana kesakitan atau dia tak tau pun gusi dia dah bernanah. Dan dua dua jenis ni terjadi disebabkan faktor yang berlainan. Tengok rajah bawah ni. Fatin akan terangkan satu satu dengan mudah untuk faham ya. 


Rajah sebelah kiri tu, dinamakan Periodontal Abscess yang berlaku disebabkan infeksi yang telah bergerak makin dalam sehingga ke gusi. Dan ini selalu berlaku disebabkan adanya karang gigi atau plak gigi yang terlampau banyak ! 

Tahukah anda ? Karang gigi atau plak gigi ini ada bakteria jahat. Dan bakteria ni boleh merebak ke dalam gusi dengan sangat cepat. Dan bakteria ni sangat jahat sehinggakan dia boleh makan gusi kita dan otot otot kecil yang memegang gigi kita dalam gusi. Makin lama gusi kita makin kebawah dan gigi semakin goyang :(

Jika goyang yang terlampau, maka gigi tu tak dapat diselamatkan lagi. 



Ni contoh gambar gusi menurun. Gusi menurun ni boleh nampak lepas dah cuci gigi (scaling) di klinik gigi. Sebab karang gigi ni hanya boleh dibuang di klinik gigi menggunakan alat scaler sahaja. Memberus tak boleh hilangkan karang gigi. Memberus gigi hanya dapat membuang plak gigi. 

Dan bila gusi dah turun macam ni, tak elok la. Gusi yang dah turun tak boleh naik semula kecuali dengan pembedahan gusi. 
Jadinya, sebab kawasan yang Allah SWT dah jadikan dia sepatutnya di tutup dengan gusi, terdedah kepada persekitaran mulut. Bila terdedah, minum air sejuk ke makan aiskrim ke pesakit akan complain gigi dia sensitif. 

Lepas ni jangan salahkan dentist ya. Gigi anda, amanah anda. Hehe. 


Okay kita sambung. Bila karang gigi yang terlampau banyak dan pesakit tak pergi jumpa doktor gigi untuk cuci gigi (scaling), bakteria dalam karang gigi boleh merebak dan bergerak ke dalam gusi. Dan lama lama terjadilah infeksi dan bernanah di dalam gusi. 

Bila kedudukan nanah tu berada dekat dengan gusi macam gambar ni, ni dipanggil periodontal abscess. Atau gum abscess. Tetapi gum abscess selalu berlaku jika pesakit memberus gigi dengan teknik salah atau terlalu kasar/kuat sehingga mencederakan gusi. 

Berus gigi jangan kuat kuat ya. Guna berus gigi yang SOFT atau ULTRA SOFT dan gunakan ubat kumur (kumur 30 saat, setiap kali lepas berus gigi) sama ada COLGATE PLAX (tidak merokok) dan LISTERINE (merokok). 

Dan jumpa doktor gigi setiap 6 bulan atau setahun sekali ya. WAJIB !

Tidak Merokok. 30 saat setiap kali selepas berus gigi. 

Merokok. 30 saat selepas berus gigi. 

Rawatan yang akan diberikan untuk Peridontal Abscess :

1. Cuci gigi biasa (scaling) atau kalau teruk,
 kena buat DEEP SCALING (cuci lebih dalam dan letak antibiotik dalam gusi.  

2. Ubat kumur yang khas (hanya di klinik gigi) sebab ubat kumur tu ada ubat untuk bunuh bakteria ni dan hanya boleh pakai untuk 2 minggu sahaja. Lepas 2 minggu, teruskan ubat kumur yang biasa (COLGATE PLAX/LISTERINE) 

3. Kalau teruk, doktor gigi akan bagi ubat antibiotik. 

4. Follow up di klinik setiap 3 bulan. 

5. Kurangkan merokok atau berhenti merokok lebih baik. 

6. Guna berus gigi SOFT atau ULTRA SOFT. Tukar berus gigi setiap 3 bulan. 

________________________________________________________________


Okay kita sambung rajah sebelah kanan pulak. Nanah ni dinamakan Periapical Abscess. 

Kedudukannya lebih ke bawah, ke arah akar gigi, dan disebabkan infeksi dari GIGI BERLUBANG !
Pesakit akan complaint TIDAK BOLEH TIDUR WAKTU MALAM, SERING TERJAGA TENGAH MALAM SEBAB SAKIT GIGI. 


Nanah ni berlaku bila gigi yang berlubang di biarkan lama sehingga bakteria yang makan gigi tu bergerak makin ke dalam (ke arah akar). Bila bakteria sampai akar, pesakit tidak akan rasa sakit dah sebab GIGI TU DAH MATI :( 

Bila gigi yang dah mati tak rawat, bakteria ni masih dalam gigi tu, jadi dia akan menetap dalam tu dan terjadinya nanah. Dan pesakit selalunya tak perasan sehingga ... MUKA BENGKAK. 



Bila muka dah mula membengkak, ni kes EMERGENCY
Sebab nanah tu dah merebak ke tempat yang tidak sepatutnya dan boleh sampai ke otak, mata, leher dan jantung dan boleh membawa maut. 

Jadi cepat cepat jumpa doktor gigi kalau, 

1. Gigi rasa ngilu bila makan benda manis 
2. Gigi rasa sakit bila minum air sejuk dan air panas 
3. Makanan selalu tersangkut di permukaan gigi atau di celah gigi (ada lubang) 
4. Tak boleh tidur sebab bila baring sakit gigi
5. Sering terjaga tengah malam sebab sakit gigi
6. Gusi mula membengkak 
7. Muka bengkak

Ada simptom simptom dekat atas ni, cepat cepat jumpa doktor gigi terus ya ! 
Jangan takut. Makin lama nanti lagi sakit. Dan makin lama nanti, rawatannya makin mahal. 

Cepat cepat jumpa doktor gigi berdekatan anda ! 




Monday 12 August 2019

Karang Gigi & Plak

Assalamualaikum semua :)

Tajuk hari ni Fatin nak kongsikan mengenai karang gigi dan plak atau nama orang putihnya calculus and plaque. Atau nama pasarnya selalu dengar orang sebut tahi gigi. Hehe.

Kelirukan banyak nama ni. Tapi tahu tak macam mana rupanya karang gigi dan plak ni ? Ke tahu nama je, tak tahu pun bentuknya, warnanya, teksturnya macam mana kan ?

Okay. Jadi hari ni Fatin akan bagitau perbezaan dua benda ni ya :)

Semua orang ada plak (plaque) dalam mulut atas permukaan gigi. Ia terbentuk sejurus selepas kita gosok gigi apabila air liur kita menyelaputi gigi gigi kita. Air liur kita banyak fungsinya dan kandungannya. Dan salah satu kandungannya adalah bakteria. Bakteria ini akan bersatu dengan air liur kita dan duduk atas gigi gigi kita.


Dan plak ini ada yang sikit je (kadang tak nampak pun dengan mata kasar), bermakna anda selalu gosok gigi. Tahniah! 

Atau yang tebal dan ini bermakna anda jarang sekali menggosok gigi. Hmmm :(
Macam gambar bawah ni.



Nampak tak tu ? Dekat gigi dia ada macam selaput. Tu la namanya plak tapi yang tebal.
Dan gusi dia pun bengkak disebabkan bakteria dalam plak tu dah bertambah populasi dia dan menyebabkan inflamasi dekat gusi.

Adakah gigi anda kelihatan seperti gambar di atas ? Tengok cermin sekarang ! 

Rawatan :
Perlu ke klinik gigi dan buat scaling (cuci). 
Gosok gigi atleast 2 kali sehari. 
Kumur guna listerine setiap kali selepas gosok gigi. 

Plak ini kalau sikit macam simple to moderate boleh dihilangkan dengan menggosok gigi sekurang kurangnya 2 kali sehari. 

Atau setiap kali selepas makan TAPI bukan lepas makan terus gosok, 1 JAM selepas makan ya ! 

______________________________________________

Kemudian, Calculus / Karang Gigi.

Karang gigi ini terbentuk disebabkan pengerasan atau mineralisasi (mineralisation) plak tadi.
Bila plak tadi dibiarkan lama lama tanpa rawatan, lama lama plak ni akan mengeras sebab dalam air liur kita ada kalsium. Jadi kalsium ini bila dia bersatu dengan plak tadi tu terjadilah mineralisasi atau pengerasan plak tadi dan terbentuk lah karang gigi ini.

Karang gigi ini tidak boleh dihancurkan, dimusnahkan, dihilangkan dengan memberus gigi ! 
Karang gigi hanya dapat dibersihkan di Klinik Pergigian sebab kena guna scaler iaitu alat yang khas untuk menghancurkan karang gigi ini. 

Karang gigi ni ada yang simple je. Macam bawah ni. Sikit je sebab plak dia sikit.
Nampak tu kuning kuning dekat bawah gigi dan gigi atas tu ada sikit dekat dalam gusi.
Tu lah namanya karang gigi atau calculus.



Selalunya karang gigi ni ada dekat belakang gigi bawah dan geraham gigi atas sebab situ kawasan yang jarang digosok dengan betul. Jadi jangan lupa gosok gigi betul betul ya supaya plak tadi tak mengeras. 


Ni contoh yang moderate to complex calculus,



Teruk kan ? Karang gigi yang terlampau banyak sampaikan gusi dia recession (turun). 
Kalau macam ni memang disarankan sangat sangat pergi jumpa Dr Gigi secepat mungkin. 


Worst case macam ni. 20 tahun tak pernah gosok gigi. Karang gigi tu dah macam gigi je. Belum bau mulutnya lagi. Hmm. 


Komplikasi karang gigi yang menebal,
- Gigi goyang dan makin longgar
- Bau mulut yang dahsyat 
- Kemungkinan gigi yang ada tidak dapat diselamatkan 
- Rawatan yang mahal 

Karang gigi ini boleh jadi warna kuning, coklat, hijau malah hitam sebab warna warna makanan kita atau merokok.

Macam mana nak elakkan adanya plak yang tebal ?
Rajin rajin lah memberus gigi. 

Macam mana nak elakkan karang gigi yang tebal ?
Rajin rajin lah memberus gigi dan jumpa doktor gigi setiap 6 bulan atau setahun sekali. 

Atau, anda nak abaikan sahaja ? 

Pilihan di tangan anda.

Faham dah kan plak dan karang gigi ? Hehe.
Share page ni dekat semua kawan kawan, ahli keluarga supaya semua lebih alert tentang tajuk ni dan kepentingan kita gosok gigi ya :)

Apa apa soalan boleh dihantar ke email : fatinathirah2696@gmail.com

Jumpa lagi dalam tajuk baru.

Monday 29 July 2019

I'm Back ! Finally !

Assalamualaikum semua.

As you guys can tell from the title, I'm Back ! Finally back home to Malaysia for good !

Yes ! Alhamdulillah, Fatin akhirnya akan menjadi doktor gigi, real one, in just few months.

I am finally done with degree ! Alhamdulillah. 

So, sekarang tengah tunggu transkrip daripada universiti untuk daftarkan diri dekat kerajaan and dapat lesen. Then tunggu panggilan kerja. InshaAllah.

Alang alang Fatin pun kerja part time sekarang dekat klinik gigi berdekatan dengan rumah, and kalau ada case atau cerita menarik Fatin akan share dekat sini macam dulu, okay ? Hehe.

Feel free untuk tanya Fatin anything pasal dentistry, study, masalah gigi ke, just let me know thru,
E-mail : fatinathirah2696@gmail.com
Instagram : fatinathirah
Twitter : fatinathirah96 

Fatin akan reply ASAP ya :)

Happy sangat sekarang ni ! Can't wait to get my hands on my patient soon.

___________________________________________________

Next post : Plak dan Kalkulus // Plaque and Calculus

Next post Fatin akan ceritakan pasal ni ya since ramai tak tau nama nama ni dan kepentingan kita bersihkan gigi (gosok gigi setiap hari & every 6 months kena jumpa dentist)

Mesti ramai tertanya tanya kan ?

Jumpa lagi dalam masa terdekat ni ya :)