Monday 12 August 2019

Karang Gigi & Plak

Assalamualaikum semua :)

Tajuk hari ni Fatin nak kongsikan mengenai karang gigi dan plak atau nama orang putihnya calculus and plaque. Atau nama pasarnya selalu dengar orang sebut tahi gigi. Hehe.

Kelirukan banyak nama ni. Tapi tahu tak macam mana rupanya karang gigi dan plak ni ? Ke tahu nama je, tak tahu pun bentuknya, warnanya, teksturnya macam mana kan ?

Okay. Jadi hari ni Fatin akan bagitau perbezaan dua benda ni ya :)

Semua orang ada plak (plaque) dalam mulut atas permukaan gigi. Ia terbentuk sejurus selepas kita gosok gigi apabila air liur kita menyelaputi gigi gigi kita. Air liur kita banyak fungsinya dan kandungannya. Dan salah satu kandungannya adalah bakteria. Bakteria ini akan bersatu dengan air liur kita dan duduk atas gigi gigi kita.


Dan plak ini ada yang sikit je (kadang tak nampak pun dengan mata kasar), bermakna anda selalu gosok gigi. Tahniah! 

Atau yang tebal dan ini bermakna anda jarang sekali menggosok gigi. Hmmm :(
Macam gambar bawah ni.



Nampak tak tu ? Dekat gigi dia ada macam selaput. Tu la namanya plak tapi yang tebal.
Dan gusi dia pun bengkak disebabkan bakteria dalam plak tu dah bertambah populasi dia dan menyebabkan inflamasi dekat gusi.

Adakah gigi anda kelihatan seperti gambar di atas ? Tengok cermin sekarang ! 

Rawatan :
Perlu ke klinik gigi dan buat scaling (cuci). 
Gosok gigi atleast 2 kali sehari. 
Kumur guna listerine setiap kali selepas gosok gigi. 

Plak ini kalau sikit macam simple to moderate boleh dihilangkan dengan menggosok gigi sekurang kurangnya 2 kali sehari. 

Atau setiap kali selepas makan TAPI bukan lepas makan terus gosok, 1 JAM selepas makan ya ! 

______________________________________________

Kemudian, Calculus / Karang Gigi.

Karang gigi ini terbentuk disebabkan pengerasan atau mineralisasi (mineralisation) plak tadi.
Bila plak tadi dibiarkan lama lama tanpa rawatan, lama lama plak ni akan mengeras sebab dalam air liur kita ada kalsium. Jadi kalsium ini bila dia bersatu dengan plak tadi tu terjadilah mineralisasi atau pengerasan plak tadi dan terbentuk lah karang gigi ini.

Karang gigi ini tidak boleh dihancurkan, dimusnahkan, dihilangkan dengan memberus gigi ! 
Karang gigi hanya dapat dibersihkan di Klinik Pergigian sebab kena guna scaler iaitu alat yang khas untuk menghancurkan karang gigi ini. 

Karang gigi ni ada yang simple je. Macam bawah ni. Sikit je sebab plak dia sikit.
Nampak tu kuning kuning dekat bawah gigi dan gigi atas tu ada sikit dekat dalam gusi.
Tu lah namanya karang gigi atau calculus.



Selalunya karang gigi ni ada dekat belakang gigi bawah dan geraham gigi atas sebab situ kawasan yang jarang digosok dengan betul. Jadi jangan lupa gosok gigi betul betul ya supaya plak tadi tak mengeras. 


Ni contoh yang moderate to complex calculus,



Teruk kan ? Karang gigi yang terlampau banyak sampaikan gusi dia recession (turun). 
Kalau macam ni memang disarankan sangat sangat pergi jumpa Dr Gigi secepat mungkin. 


Worst case macam ni. 20 tahun tak pernah gosok gigi. Karang gigi tu dah macam gigi je. Belum bau mulutnya lagi. Hmm. 


Komplikasi karang gigi yang menebal,
- Gigi goyang dan makin longgar
- Bau mulut yang dahsyat 
- Kemungkinan gigi yang ada tidak dapat diselamatkan 
- Rawatan yang mahal 

Karang gigi ini boleh jadi warna kuning, coklat, hijau malah hitam sebab warna warna makanan kita atau merokok.

Macam mana nak elakkan adanya plak yang tebal ?
Rajin rajin lah memberus gigi. 

Macam mana nak elakkan karang gigi yang tebal ?
Rajin rajin lah memberus gigi dan jumpa doktor gigi setiap 6 bulan atau setahun sekali. 

Atau, anda nak abaikan sahaja ? 

Pilihan di tangan anda.

Faham dah kan plak dan karang gigi ? Hehe.
Share page ni dekat semua kawan kawan, ahli keluarga supaya semua lebih alert tentang tajuk ni dan kepentingan kita gosok gigi ya :)

Apa apa soalan boleh dihantar ke email : fatinathirah2696@gmail.com

Jumpa lagi dalam tajuk baru.

No comments:

Post a Comment