Sunday 2 August 2015

Kenapa pilih bidang Pergigian ?

Assalamualaikum. 

Post hari ni, Fatin nak jawab soalan yang sering ditanya oleh family, rakan-rakan, masyarakat, doktor-doktor dan ramai lagi lah. Hehe.

Kenapa Fatin pilih dentistry (pergigian) ? 
Kenapa tak pilih medic (perubatan) ?


Ada beberapa jawapan untuk jawab soalan tu. Sebab semakin meningkatnya umur Fatin, Fatin semakin meminati bidang pergigian ni. Jadi makin banyak jawapan untuk jawab persoalan di atas tu. 


Pertama, sebab dulu Fatin pernah pakai pendakap gigi (braces) ketika Fatin masih Tingkatan 2. Ya. Gigi Fatin memang tak cantik. Fatin juga pernah diejek, dipinggirkan kerana gigi Fatin. Serious. Tak tipu. Jadi, ibu bapa Fatin sarankan untuk pakai pendakap gigi untuk tingkatkan self confidence, sebab Fatin memang malu dengan gigi Fatin (siapa tak malu kan ?). 

Fatin pakai untuk 2 tahun sahaja dan tanggalkan pendakap gigi ketika di Tingkatan 4. Sejak tu, Fatin mula menjaga penampilan Fatin. Jaga gigi Fatin. Selalu pergi check up sehingga hari ini. Dulu-dulu memang takut dengan dentists (Fatin rasa semua orang takut dengan dentists tak kira usia kan ? Hehe) tapi lama lama tak takut pun sebenarnya. 

Fatin rasa dentists la sebenarnya lagi lembut dan baik daripada para doktor (sebab Fatin takut dengan doktor actually). Its okay. If you have the same problem, try untuk jumpa dentists every  3 months untuk buat check up. InshaAllah mesti tak takut dah. 

Okay okay. Tu sebab pertama Fatin jadi dentist; Fatin pernah pakai braces, dan nak tukar perspektif orang ramai yang dentists sebenarnya baik je. 


Kedua, selepas habis SPM, Fatin sambung belajar dalam bidang pergigian. Waktu tu still macam 50%-50%. Tak pasti yang pergigian ini memang bidang Fatin ke ... Masih dalam dilemma la kiranya waktu tu. 

Setelah belajar pasal gigi untuk setahun di universiti, minat semakin increasing. Cewah. Seronok rupanya. Sebab apa seronok ? Sebab, Fatin rasa semua sekolah mana ada ajar pasal gigi dalam subjek biology kan ? 

Pergigian. Tak pernah belajar pun sebelum ni di sekolah. 
Pergigian. Learn something new

Tak macam medic. Tulang, cells, muscles, semua tu dah pernah belajar sikit sikit dekat sekolah. 

Tapi gigi. Mana pernah cikgu ajar structure gigi tu. 

Jadi Fatin dah tanamkan dalam diri Fatin untuk teruskan bidang ni. Kerana Fatin suka belajar benda baru. Fatin tak suka belajar benda sama je. That's me. Hehe. 

Dan Fatin juga nak betulkan gigi semua orang, semua orang yang mengalami masalah macam Fatin dulu. Supaya mereka tak dipinggirkan. Mereka tak bersalah pun. 

InshaAllah, Fatin akan cuba untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga jadi pakar dalam orthondontic. Doakan Fatin ya. Lagi 4 tahun inshaAllah. 
Kemudian, FYDO (First Year Dental Officer). Then kerja dan belajar untuk jadi pakar. Nak tolong masyarakat. 



_____________________________________________________________

*Kalau sesiapa yang ada masalah tak tau nak jadi apa, cuba dulu. InshaAllah lama lama mesti minat. Dan niatkan belajar kerana Allah. Nak dapatkan redha Allah. 


*Nak tanya apa apa boleh email Fatin ya. Hantar ke fatinathirah2696@gmail.com



Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum. 



1 comment:

  1. Kak fatin, saya pun berminatlah nak jadi dentist. Tapi macam mana nak score dalam subjek2 sains, math dan math. Tamb?

    ReplyDelete