Sunday 12 August 2018

GIGI BONGSU (Wisdom tooth)


Hey hey,

okay dalam post hari ni untuk Weekly Vlog, Fatin akan bagitau complain yang selalu pesakit berumur 20 tahun ke atas datang clinic kerana GUSI BENGKAK atau GUSI SAKIT.

Ni gusi bengkak (Pericoronitis), next time Fatin cerita gusi bengkak (Gingivitis) pulak ya.

Complain ni biasa doktor doktor dapat daripada pesakit yang berumur 20 tahun ke atas (usually).

Jadi Fatin nak kongsi sikit supaya reader yang mengalami sakit ni tak panik ya.

Doktor : Hai. Assalamualaikum.

Pesakit : Waalaikumussalam doktor.

Doktor : Okay. Datang sebab apa ya ?

Pesakit : Gusi saya bengkak doktor. Sakit bila nak makan. Sometimes nak bukak mulut pun sakit. Kenapa ya ?

Doktor : Okay, mari doktor tengok.


Bukan gambar sebenar daripada pesakit


Doktor : Okay. Awak tau gigi geraham terakhir atau pernah dengar Wisdom Tooth ?

Pesakit : Tak doktor.

Doktor : Okay tak pe. Mari doktor bagitau.

Pada umur 20 tahun ke atas selalunya la tapi ada 18 tahun pun ada, akan ada gigi baru tumbuh dekat belakang sekali, atas dan bawah. TAPI, ada sesetengah orang mungkin ada satu je atau dua atau ada empat empat atau yang bernasib baik tak ada langsung semua.

Gigi ni akan tumbuh bila ada ruang atau tersengkat (impacted) dekat dalam tak boleh keluar. Yang boleh keluar ni akan sakit sikit la sebab dia nak keluar tu akan ada gusi bengkak atau yang tersengkat dekat dalam (impacted) ada pesakit rasa sakit atau ada yang tak sakit.

Kalau ruang dalam mulut ada, gigi ni akan tumbuh normal. Kalau tak muat, dia boleh tumbuh senget. Dan kalau senget, atau sakit, dinasihatkan untuk cabut.

Nampak gigi terakhir atas dan bawah tu. Yang bawah tu terbaring dan perlu di buang.
Yang atas, kalau normal dan pesakit tak complain from any cheek biting (tergigit pipi) boleh simpan je. 

Usually ANGULAR dan HORIZONTAL perlu dibuang untuk mengelakkan komplikasi lain.


Pesakit : Oh, saya baru tau. Jadi doktor apa perlu saya buat ? Kenapa kena buang kalau senget tu ?

Doktor : Awak punya nanti kita ambik xray panorama untuk tengok position gigi tu.

Kalau senget better buang sebab nanti,

Tengok gigi tu, dia tersentuh dengan gigi sebelah dan lama lama dia akan rosakkan gigi sebelah tu
 end up nanti lama lama bila dah rosak, kena cabut dua gigi instead of satu gigi je. 

Atau, makanan akan termasuk melalui C tu dan menyebabkan gigi sebelah akan berlubang macam A dan B tu.
Dan end up buang dua gigi instead of satu je.


Atau gigi tu akan terus tolak gigi sebelah dan kalau pesakit yang baru lepas treatment braces (pendakap gigi),
gigi bawah atau atas akan kembali crowding (berlapis lapis). Jadi rugilah pakai braces. 

Atau worst scenario,


Ada TUMOR atau CYST yang tumbuh bersama gigi tu. Nampak sebelah gigi tu. Yang bulatan hitam tu.
Yang macam ni, memang kena buang sebab dia akan membesar dan makan rahang. 

Pesakit : Oh alamak.

Doktor : Tapi tak pe. Awak kena selalu datang buat check up sini ya every 6 month supaya doktor boleh detect apa apa possibilities earlier okay ? Hehe.

Pesakit : Okay. Kalau macam sekarang ni doktor, gusi saya bengkak, susah saya nak makan.

Doktor : Okay itu normal sebab dia nak tumbuh. So for now, saya akan bagi Antibiotik dan Pain Killers (paracetamol / panadol) dulu ya. Kalau sakit sangat, kumur dengan air garam. Dan Jangan Makan dekat bahagian sakit tu. Nanti makanan termasuk lagi sakit. Atau tergigit pulak lagi sakit ya.

Pesakit : Oh okay baiklah doktor. Terima kasih.

Doktor : Sama sama. Apa apa boleh jumpa doktor ya. Terus jumpa jangan hesitate. Dentist baik je. Hehe.

Pesakit : Okay hehe.

____________________________________________________

Antibiotik hanya boleh didapatkan di clinic sahaja under supervision dan prescribed doktor.

Bagi pesakit yang mengandung, digalakkan untuk berjumpa doktor gigi terus yang berdekatan atau untuk ubat tahan sakit, paling selamat untuk ibu mengandung boleh ambik panadol, kumur air garam, tuam tuala panas.


1 comment:


  1. Kalau dekat klinik swasta basicly berapa anggaran kos utk rawatan gigi bongsu ni doc ?

    ReplyDelete