Sunday 5 August 2018

Makin lama makin sakit dan makin mahal ... (2)

Pada suatu hari,

ada seorang pesakit ni datang klinik, with complain of sakit gigi (macam biasa).


Doktor : Dah lama ke sakit gigi ni ?

Pesakit : Lama jugak. Makin lama makin sakit.

Doktor : Sakit macam mana ? With sweets ? With hot or cold ? Atau sakit tu mengganggu tidur waktu malam ?

Pesakit : Sakit sampai tak boleh tidur malam. Dulu boleh tidur, tapi makin lama makin teruk.

Doktor : Okay. Saya check gigi awak ada lubang dekat tepi. Tapi nak tengok kedalaman bakteria tu invade (masuk) gigi awak, kita buat xray dulu ya.

Pesakit : Okay .




Ni bukan gambar sebenar daripada pesakit, sebabnya kalau nak post gambar daripada pesakit kena mintak kebenaran pesakit dulu hehe. Tapi macam ni la case dia. 



Doktor : Okay. Awak nampak xray tu. Hitam tu ada berlubang dekat tepi. Dan bakteria tu dah masuk sampai ke saraf. Itu yang menyebabkan awak sakit waktu malam bila nak tidur. Bila awak baring, pressure dekat dalam gigi dan saraf tu meningkat, dan menyebabkan awak tak boleh tidur. 

Pesakit : Oh. Dulu doktor ada bagitau untuk tampal tapi saya ignore appointment doktor. Huhu. 

Doktor : See. I told you. Kalau ignore macam ni la. Now, saya tak boleh buat tampalan biasa. Saya kena buat Root Canal Treatment (RCT) atau bahasa melayu nya Rawatan Akar. 

Pesakit : Oh (muka berkerut). Berapa harganya tu doktor ? 

Doktor : Sebab ni gigi belakang, rawatan akar selalunya dalam RM 1200 ke atas. Dan perlu datang ke klinik dalam 4 ke 5 kali interval seminggu. Ni wajib datang ikut appointment kalau tak nanti bakteria tu datang balik dan dia akan attack dan result in more serious and painful condition iaitu abscess (nanah). 

Pesakit : Ouch. Sakit gigi dan dompet saya doktor. Huhu. 

Doktor : Atau option lain, cabut lah. Tapi saya tak nasihatkan awak cabut. Nanti awak susah nak makan. Dan kalau cabut akan menyebabkan gigi sebelah senget ke arah tempat kosong. Dan lama lama more serious complication akan happen. 

Pesakit : Ala doktor apa patut saya buat ? (sambil menangis kesakitan) 

Doktor : Kalau awak buat RCT saya akan cadangkan lepas RCT, awak buat Crown pulak untuk lindungi gigi tu. Sebab gigi tu dah mati, dah tak kuat. Kalau awak gigit kuat, gigi tu akan retak dan akhirnya kena cabut jugak. Crown ni akan lindungi gigi tu sampai bila bila dengan syarat GOOD ORAL HYGIENE la lepas ni. 




Pesakit : Hmm .. Kalau buat RCT je dah mahal lepas tu crown tu RM 1000 kan ? 

Doktor : Ye betul. Crown satu gigi RM 1000. 

Pesakit : Hmm ...


_______________________________________________________


Jadi begitulah nasib pesakit yang mengabaikan gigi mereka. 

Dan rawatan akar ni sakit tau. Tapi tak ada la sakit. Doktor akan inject ubat bius supaya tak sakit. Tapi proses rawatan akar ni sangatlah lama dan leceh.

Terlalu banyak proses untuk betul betul bersihkan akar supaya bakteria tak masuk dah gigi tu. Mulut kita ni sentiasa ada bakteria. Jadi untuk betul betul bersihkan tu lama proses nya.

Dan kosnya pun mahal sangat !

Kalau la pesakit ni dah tampal dari awal, tampalan biasa hanya RM 100 ke RM 200 sahaja.


_______________________________________________________


Jadi, satu perkara je nak cakap,

JANGAN ABAIKAN SEBAB MAKIN LAMA MAKIN SAKIT DAN MAKIN MAHAL ! 


Bak kata lecturer Fatin,

DENTISTRY IS NOT EXPENSIVE, NEGLECT IS !

AND 

PREVENTION IS BETTER THAN CURE.

_____________________________________

Jangan lupa FLOSS ya supaya tak ada cavity (berlubang) di celah gigi. 

No comments:

Post a Comment